Refleksi Kendiri (Nur Syamimi)


REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT

Fasa perancangan – Kumpulan kami yang diberi nama Alpha mempunyai tenaga kerja seramai 17 orang. Setiap orang dimasukkan ke dalam beberapa unit seperti unit modul, unit multimedia, unit protokol dan tidak ketinggalan unit logistik. Kesemua ahli kumpulan Alpha menjalankan tugas dengan baik dan segala kemusykilan atau kesulitan pasti akan disampaikan kepada pengarah dan timbalan pengarah. Beberapa perjumpaan telah ditetapkan untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan mengikut unit pada hari kejadian. Melalui perjumpaan yang diadakan, saya dapat melihat kerjasama dan kesungguhan setiap ahli dalam usaha untuk merancang dan melancarkan program Fun Physics. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan telah menaikkan semangat saya untuk turut buat sehabis baik dalam menjayakan program ini.

Fasa semasa – Pelajar-pelajar yang menyertai program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 4 SBPi Gombak. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Semua fasilitator telah sedaya upaya memberikan komitmen yang terbaik dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli kumpulan masing-masing. Kami juga telah menjalankan raptai untuk majlis penutupan program ini. Melalui raptai ini, saya dapat melihat kesungguhan ahli-ahli kumpulan dalam memastikan kelancaran majlis tersebut.

Fasa selepas – setelah tamatnya majlis penutupan program Fun Physics, sesi fotografi bersama pelajar dijalankan. Saya berasa sangat berat untuk berpisah dengan ahli kumpulan saya. Namun, apabila mengetahui bahawa pelajar-pelajar sangat seronok dapat mengikuti program tersebut membuatkan saya berasa bangga dengan ahli kumpulan Alpha. Kami juga telah melakukan post-mortem untuk membincangkan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang diperolehi daripada program ini. Semua ahli kumpulan telah memberikan kerjasama dan serius dalam menjayakan post-mortem ini.

NUR SYAMIMI
SIF170037

Comments