Refleksi Kendiri (Nabila Hannah)


NABILA HANNAH BINTI DESWIR
SIF170023
REFLEKSI PROGRAM PHYSICS FRONTIERS


27/4/2018

6.30 petang
Kumpulan kami berkumpul di LRT Universiti dan bertolak ke Gombak pada jam 6.40 petang. Setibanya di sana kami telah menunggu bas lebih kurang satu jam dan bagi saya ini amat merugikan masa kami. Lebih kurang jam 8.30 kami telah bertolak ke SBPI Gombak.

9.00 malam
Setibanya di sana, saya, Ammar dan Farah telah ditugaskan di unit pendaftaran para pelajar untuk membahagikan mereka dalam beberapa kumpulan.

9.30 malam
Kami semua telah memainkan lagu tema program iaitu ‘Merdeka’ kepada para pelajar. Setelah itu, sesi ice breaking bersama para pelajar telah diadakan. Saya merupakan fasilitator kumpulan 3 dan saya dapat berkenalan dengan para pelajar dengan lebih mendalam.

10.30 malam
Kami telah menjalani rehearsal untuk majlis penutup dan bersurai


28/4/2018

5.30 pagi
Kami bangun pagi, mandi serta bersiap untuk solat Subuh berjemaah di surau. Kemudian, kami bergerak ke Dewan Makan untuk sarapan pagi.

7.00 pagi
Kami telah melakukan persiapan untuk slot pada hari ini. Para Fasilitator telah diberikan taklimat ringkat oleh unit modul tentang perjalan aktiviti dan slot yang akan berlangsung.

8.00 pagi
Sesi senaman pagi dan zumba telah berlangsung dan saya dapat merasakan bahawa saya amat suka dengan lagu dan pergerakan dalam sesi zumba ini.

9.00 pagi
Slot pertama iaitu Flying Cups merupakan slot yang ringkas bagi saya tapi amat menarik kerana ini adalah kali pertama saya membuat Flying Cups dan saya merasakan ini merupakan cara yang amat mudah bagi mengaplikasikan konsep Fizik kepada para pelajar.

9.30 pagi
Slot kedua iaitu ‘Paper Plane’ telah berlangsung. Semasa slot ini, saya memerhatikan bahawa para pelajar memang sudah ada kemahiran dan pengalaman untuk membuat kapal terbang kertas, namun mereka kurang mengetahui konsep Fizik yang terdapat dalam kapal terbang kertas ini. Setelah penerangan telah diberkan, para pelajar lebih mengetahui konsep Fizik dan dapat mengubah suai kapal terbang kertas yang lebih baik mengikut konsep Fizik.

10.30 pagi
Slot ketiga iaitu Rubber Band Cars merupakan slot yang sedikit mencabar bagi para pelajar dan saya sendiri untuk mencipta kereta mereka sendiri. Semasa slot ini, para pelajar perlu mengukur dengan tepat bagi memotong botol plastik yang telah disediakan untuk mencipta kereta mereka. Bukan sahaja ketepatan dalam mengkur, kesabaran yang tinggi juga amat diperlukan kerana kereta yang telah siap dipasang berulang kali gagal untuk bergerak dan berfungsi. Namun, pada akhirnya, saya melihat sifat ingin tahu para pelajar dan kerjasama yang baik dalam kumpulan mereka.

2.00 petang
Sesi Explorace telah berlangsung pada waktu petang dan saya telah ditugaskan untuk menjaga stesyen pertama iaitu persediaan barangan untuk mencipta Water Rocket bagi bahagian badan roket untuk keesokan harinya. Para Pelajar diberikan 2 botol air mineral 1.5 liter, duck tape, cutter dan gunting untuk merangka bahagian badan roket. Di sini, saya mendapati sesetengah pelajar mempunyai pengetahuan dalam Roket Air kerana mereka berpengalaman dalam Pertandingan Roket Air di sekolah.

5.00 petang
Semasa sesi riadah, saya bersama ahli kumpulan saya telah mengadakan sesi sharing session bersama ahli kumpulan. Kami juga bermain sedikit permainan pendengaran, penglihatan, ketangkasan dan banyak lagi.

9.00 malam
Kami telah menonton sebuah filem iaitu ‘The Edge of Tomorrow’ bersama sama pelajar.


29/4/2018

8.00 pagi
Sesi senaman pagi dan zumba berjalan seperti biasa

8.30 pagi
Slot egg toss ini disediakan untuk para pelajar untuk menilai kreativiti mereka dan thinking skills mereka untuk memastikan 2 biji telur yang telah diberikan tidak pecah. Saya berasa amat gembira kerana kumpulan saya berjaya untuk memastikan salah satu telur itu tidak pecah

10.30 pagi
Para pelajar bersiap sedia untuk pertandingan Water Rocket. Pertandingan ini dinilai dari segi parachute kumpulan mana yang akan terbuka. Amat membanggakan, roket kumpulan saya juga berjaya terbuka hasil daripada kerjasama ahli kumpulan.

Keseluruhannya, saya merasakan bahawa Program Fun Physics ini telah memberi impak yang besar kepada diri saya untuk melatih soft skills dah kepimpinan. Saya juga merasakan bahawa program ini turut memberi banyak manfaat kepada diri saya sendiri serta para fasilitator yang lain. Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Comments