Refleksi Kendiri (Faiq Ahmad)


Refleksi Program Physics Fun Social Engagement 2018
Muhammad Faiq bin Ahmad@Sapli (SIF170019)
           
Pada tahun ini,saya telah mengambil subjek jalinan masyarakat iaitu salah satu kos universiti yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.Sebelum perjumpaan pertama kos ini saya ada bertanya senior berkenaan subjek ini dan membuatkan saya teruja untuk mengikuti subjek ini.Pada perjumpaan pertama,saya dan rakan-rakan telah menubuhkan satu kumpulan iaitu Alpha Physics.Setelah diberikan taklimat berkenaan subjek ini,saya berasa bersemangat kerana ini merupakan program pertama saya bersama budak sekolah.Tambahan pula, saya tidak ada pengalaman dalam menguruskan projek mega sebegini.Pada perjumpaan kedua,saya telah diberikan jawatan timbalan bendahari .Saya telah diberikan taklimat oleh pengarah mengenai skop tugas saya dan saya memandang serius berkenaan tugas saya.

Kemudiannya,saya telah diarahkan oleh bendahari untuk merangka perbelanjaan projek ini dan target kami adalah untuk menggunakan duit yang diberikan oleh CITRA  tanpa mengeluarkan bajet ahli sendiri.Kami telah mengambil jalan selamat dengan merangka bajet kurang daripada tajaan yang diberikan oleh CITRA.Sebagai langkah berhati-hati saya juga telah berusaha untuk mencari penaja agar kos yang gunakan mencukupi.Ini memberikan saya pengalaman yang amat berharga bahawa untuk mencari penaja bukan senang seperti yang difikirkan kerana ianya perlu meyakinkan para penaja bahawa projek yang kami kendali memberikan manfaat yang besar.

Saya dan bendahari telah memikirkan penjimatan yang boleh dibuat untuk projek ini dan ini memberikan keuntungan kepada projek kami.Contohnya,saya telah menghubungi pusat kitar semula untuk mendapatkan barang kitar semula dan saya bersyukur ke semua barang itu tidak memerlukan duit kerana ianya adalah percuma.Saya juga diarahkan oleh bendahari untuk mencari penaja seperti barang-barang perhiasan untuk projek ini.

Hari yang ditunggu telah tiba dan membuatkan saya teruja untuk berjumpa dan berkenalan dengan pelajar SBPI Gombak.Saya menyangka bahawa projek ini akan kurang sambutan kerana pelajar kurang berminat dengan subjek fizik.Namun sangkaan saya meleset pelajar lebih bersikap aktif dan ini membuatkan saya rasa bersemangat untuk mengendalikan projek ini.Semasa hari kejadiaan saya telah ditugaskan menjadi pengacara kedua untuk projek ini.Saya juga melakukan tugas lain seperti membantu biro-biro lain dalam menjalankan tugas.Semasa projek dijalankan saya mendapat pelbagai pengalaman yang berharga.Pencapaian yang terbaik semasa menjalankan projek ini adalah apabila saya menjadi salah satu juri untuk slot explore race dan ini membuatkan saya menyampaikan sesuatu dengan baik kepada pelajar kerana saya juga memberikan kata semangat kepada mereka.

Seterusnya setelah projek ini selesai kami telah membuat satu perjumpaan untuk melakukan postmortem dan ini membuatkan saya lebih berasa profesional dalam membuat sesuatu projek kerana ini adalah kali pertama saya melakukan projek rasmi.

Akhir sekali,saya berasa amat bertuah kerana dapat mengikuti projek jalinan masyarakat ini.Selain itu, saya berasa projek jalinan masyarakat ini membuatkan kita lebih dekat dengan masyarakat sekeliling dan ini membantu pemuda seperti saya untuk menjalankan projek kemasyarakatan pada masa akan datang.Saya juga berpendapat bahawa projek ini dapat membentuk sahsiah diri yang baik kepada diri saya kerana dengan projek ini saya dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik dan teratur.Saya berharap agar projek ini dapat diteruskan oleh generasi seterusnya kerana ianya memupuk nilai murni kepada setiap pelajar yang mengikutinya.

Comments