Refleksi Kendiri (Humaira Shamsudin)


Nama : Humaira binti Shamshuddin
No. Matriks : SIF 170013
Kursus : Jalinan Masyarakat (GIG 1002)
Perkara : Refleksi Diri

1.0  Pendahuluan      
            Refleksi diri ini ditulis dengan tujuan untuk menerangkan setiap langkah kerja, pengalaman, dan perkara yang dapat saya pelajari sebagai ahli unit protokol dalam usaha menjayakan program ‘Fun Physics’ di SBPI Gombak. Projek ini dianjurkan dengan tujuan menyemai dan menambah minat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah khususnya pelajar tingkatan 4, terhadap bidang sains dan teknologi, khususnya dalam bidang Sains Fizik.

            Seperti yang kita ketahui, di peringkat sekolah menengah, pelajar-pelajar tingkatan 4 mula diasingkan mengikut aliran yang mereka minati, contohnya aliran sains tulen dan sastera. Justeru itu, program ini dianjurkan bagi menggalakkan para pelajar tingkatan 4 yang telah memilih aliran sains agar menyambung pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sains khususnya dalam bidang yang berkaitan Sains Fizik juga.

1.1  Fasa Perancangan
Program ‘Fun Physics’ ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak (Integomb). Ketua kumpulan saya, Tey Lian Seng merangkap pengarah projek saya merupakan individu yang banyak berurusan dengan pihak SBPI Gombak mengenai projek ini dengan sokongan oleh Dr Azzuliani dan Dr. Selvi.

Persiapan dimulakan dengan menghasilkan modul. Beberapa modul dihasilkan dan akhirnya 4 modul terbaik telah dipilih, diikuti dengan beberapa aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan), ‘Movie Night’ dan aktiviti ‘Toying with Physics’ telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan sebagai tentatif utama dalam program ‘Fun Physics’

Bagi tentatif sampingan, aktiviti Zumba dan senaman pagi, Special Talk and sharing session oleh pensyarah Fizik Universiti Malaya, Ice-Breaking serta aktiviti riadah telah dipilih sebagai tentatif sampingan projek ini.

Pada mulanya, kami menghadapi masalah berkaitan tarikh untuk menganjurkan program ini kerana pada semester ini terdapat banyak di antara ahli kumpulan saya yang terlibat dengan projek kolej dan program-program universiti, Namun, atas kerjasama baik antara ahli kumpulan dan hasil perbincangan kami telah menetapkan Tarikh 28 dan 29 April 2018 sebagai tarikh paling sesuai untuk menjalankan program ini.

Kekuatan ataupun kelebihan pertama yang dapat saya kenalpasti adalah komunikasi yang mudah diwujudkan antara setiap ahli. Kesemua ahli kumpulan kami adalah daripada jurusan yang sama iaitu jurusan Sains Fizik. Hal ini membuatkan kami dapat bertemu satu sama lain dengan kerap maka masa perjumpaan dapat ditetapkan dengan mudah.

Seperti yang telah dinyatakan, kebanyakan daripada ahli kumpulan saya merupakan pelajar-pelajar yang aktif dengan projek kolej dan program universiti, justeru, hal-hal berkaitan mengurus dan mengendalikan program bukanlah sesuatu yang asing buat kami semua. Oleh yang demikian, setiap perbincangan kami dapat dilakukan dengan pantas kerana masing-masing sudah tahu untuk memainkan peranan sendiri.

Sebagai ahli unit protokol, saya banyak menghabiskan masa untuk membaiki tentatif program, membuat master plan program Fun Physics, menempah cenderahati penghargaan, merancang majlis penutup dan menguruskan hal-hal berkaitan penginapan, lokasi setiap program dan makan-minum fasilitator-fasilitator UM sepanjang program kami di SBPI Gombak.

Masalah timbul apabila pihak sekolah menyatakan bahawa tentatif yang kami usulkan dalam proposal kami hendaklah mengikuti jadual yang telah ditetapkan oleh SBPI terhadap setiap pelajarnya. Justeru, setiap program yang memerlukan waktu sehingga jam 11 malam ke atas terpaksa dibatalkan.

Selain itu, pada awalnya, kami dimaklumkan bahawa jumlah pelajar tingkatan 4 yang terlibat adalah 88 orang sahaja. Oleh yang demikian, segala persiapan untuk peralatan program hanya diperuntukkan untuk 88 orang pelajar sahaja. Namun, pada saat-saat akhir, jumlah tersebut bertukar kepada 112 orang pelajar tanpa kami ketahui sebabnya. Kami anngap ianya merupakan miscommunication antara para guru di SBPI Gombak.

Banyak perubahan terpaksa kami lakukan di saat akhir dan situasi menjadi agak tegang antara ahli kumpulan ditambah dengan test and quizzes dan pembentangan ilmiah perlu kami hadapi dalam minggu yang sama.

1.2 Fasa Semasa
Program dimulakan dengan sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh emcee utama kami, iaitu Faiq dan Azizul. Pada pendapat saya, mereka telah memainkan peranan mereka dengan begitu bagus sekali kerana suasana program sentiasa ceria dan kebanyakan pelajar terhibur dengan celoteh mereka di atas pentas.

Masalah mula timbul apabila pelajar yang sepatutnya berkumpul di dewan pada jam 9.00 malam untuk sesi pendaftaran diarahkan oleh pihak SBPI untuk minum malam terlebih dahulu. Semasa kami pergi ke SBPI Gombak untuk site visit , kami tidak dimaklumkan apa-apa tentang minum malam pelajar. . Pihak sekolah juga tidak memaklumkan bahawa terdapat pelajar yang pulang bermalam kerana sakit dan pelajar yang terlibat dengan sukan ragbi.

Oleh yang demikian, program ice-breaking bermula sedikit lewat dan kami terpaksa merombak semula beberapa kumpulan kerana bilangan ahli setiap kumpulan yang tidak seimbang. Bagi raptai majlis penutup, kami bercadang untuk menggunakan dewan mereka sehingga jam 12 malam ke atas, namun hal tersebut tidak dibenarkan oleh pihak sekolah. Kami juga tidak dapat mengadakan perbincangan untuk persediaan hari seterusnya kerana fasilitator turut diarahkan untuk pulang ke asrama dan lights off bersama-sama pelajar lain.

Sebagai ahli unit protokol, saya menghadapi sedikit masalah apabila terdapat pelajar yang tidak terlibat dengan program ‘Fun Physics’ yang berlegar-legar di kawasan program kerana agak sukar bagi saya untuk memantau pergerakan pelajar. Namun, masalah tersebut selesai apabila pada hari kedua dan ketiga , semua pelajar tingkatan 4 memakai t-shirt yang seragam sepanjang program.

Selain itu, bilangan pelajar di dalam dewan yang sentiasa tidak tally dengan jumlah pelajar yang sepatutnya ada sepanjang program. Hal ini kerana, terdapat pelajar yang outing bersama ibu bapa di hujung minggu, cuti sakit dan terlibat dengan sukan. Tetapi, atas bantuan fasilitator-fasilitator UM yang sentiasa peka dengan bilangan ahli mereka, hal tersebut tidak menjadi masalah yang besar.

Selain masalah waktu raptai majlis penutup yang terhad, saya juga menghadapi masalah dengan PA system di dewan SBPI Gombak. Unit Teknikal menghadapi masalah mengendalikan PA System tersebut ianya bukan seperti yang mereka biasa gunakan dan hal itu  membuatkan perjalanan raptai majlis penutup semakin singkat. Saya juga menghadapi masalah untuk memilih emcee yang sesuai untuk majlis penutup berikut pihak sekolah yang menetapkan agar majlis tersebut berjalan sepenuhnya secara formal.

Terdapat juga ahli kumpulan kami yang mengalami kecederaan pada bahagian ketika di asrama. Pengetua SBPI Gombak yang dijangka akan menghadiri majlis penutup dan merasmikan majlis penutup Fun Physics juga tidak dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut dan digantikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Oleh yang demikian, teks emcee terpaksa ditukar semula di saat-saat akhir atas ketidakhadiran pengetua SBPI.

Namun, atas kerjasama yang baik antara semua ahli kumpulan, program dan majlis penutup masih dapat dijalankan dengan lancar meskipun terdapat sedikit perselisihan faham kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan mahukan yang terbaik untuk projek ini. Melalui pengalaman ini,saya belajar untuk mengawal emosi, berfikir secara rasional dan bertindak bijak ketika bekerja dalam tekanan.


1.2  Fasa Selepas
Meskipun semua ahli mempunyai pendapat masing-masing, kami sentiasa berbincang bersama dan tidak bertindak sendiri. Hal ini merupakan antara nilai yang saya kagum akan kumpulan saya. kami juga mempelajari persepsi yang berbeza-beza antara ahli kumpulan. Oleh sebab terdapatnya pandangan-pandangan dari ahli kumpulan yang berlainan, perbincangan perlu dilakukan dan persetujuan untuk menggunakan alternatif yang terbaik perlu dikenal pasti.

Kami juga mempelajari sikap bertolak ansur sesama ahli kumpulan dan sanggup menerima kritikan dari ahli kumpulan sendiri dengan hati yang terbuka untuk sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Ekoran itu, kami juga berlajar bahawa kritikan amat penting kepada setiap individu untuk menambah baik diri lagi serta belajar daripada kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya lagi. Begitulah antara pengalaman pembelajaran yang telah kami perolehi sepanjang kami melaksanakan kajian ini.

Meskipun ketua kami merupakan Tey Lian Seng dan naib pengerusi merupakan Noor Syazana Diyana, tetapi kumpulan kami tidak bergantung sepenuhnya pada arahan mereka sahaja untuk menyiapkan tugasan masing-masing. Semua ahli tahu akan peranan tersendiri dan majlis tertinggi kami turut bersifat terbuka sekiranya ada bahagian-bahagian kerja yang lain perlu diarahkan oleh ahli lain. Contohnya, saya merupakan orang yang ditugaskan untuk menguruskan majlis penutup dan mereka bersifat terbuka untuk menerima arahan saya dan memberi kerjasama yang baik katas tugasan yang saya agihkan.

Pada awalnya, kami agak renggang kerana tidak begitu mengenali antara satu sama lain, namun selepas program Fun Physics tamat, kami jadi begitu rapat dan ahli-ahli yang kami jarang bercakap dengannya menjadi lebih talkative dan ramah. Pada pendapat saya, program sebegini merupakan antara platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar fizik tahun satu yang kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain dengan rapat.




Comments