Refleksi Kendiri (Emil Irfan)


REFLEKSI oleh EMIL IRFAN (SIF170010)

Fasa Perancangan

Saya menyertai kumpulan ini (Alpha) semasa awal pembentukan kumpulan tetapi tidak pada mulanya. Saya terlepas pemisahan pelajar-pelajar Fizik dan Sains Bahan ke dalam kumpulan-kumpulam yang lebih kecil, terlepas pembentukan biro-biro yang berbeza di dalam kumpulan, terlepas peruntukan para pemimpin biro dan ahli biro dan terlepas kira-kira 1-2 minggu pembangunan projek. Ini bukan kesalahan sesiapa kecuali saya sendiri. Oleh itu, saya sangat menghargai dan saya berterima kasih kepada Tey Lian Seng sebagai pemimpin kumpulan Alpha, dan sebagai kawan kerana menerima saya menyertai Alpha, walaupun tanpa apa-apa jaminan saya dapat menyumbang kepada pasukan.

Pada masa ini setelah saya menyertai, saya belum pasti tentang kemajuan yang telah dilakukan oleh biro-biro lain. Oleh itu, saya telah dimasukkan ke dalam Unit Modul yang kemajuan hingga ketika itu hanya telah menentukan tema modul-modul (Tema Fizik/keseronokan/pendidikan) dan mempunyai beberapa idea mengenai modul apa yang boleh dimasukkan ke dalam projek. Sebaik sahaja saya menyertai, seluruh kumpulan telah membuat keputusan mengenai jadual projek dan berapa banyak dan berapa lama modul-modul akan berlangsung. Semasa mesyuarat itu, Unit saya telah mencetuskan idea-idea baru dan menyempurnakan idea-idea yang sedia ada. Saya terutamanya bertanggungjawab di atas penghasilan modul Egg Toss yang dihasil dengan membuat pengubahan kecil kepada aktiviti Fizik klasik (Lihat lampiran modul untuk maklumat lanjut), dan beberapa perbaikan modul-modul lain yang adanya berjaya dibuat modul dan adanya tidak digunakkan dalam projek ini. Mesyuarat yang berlangsung memutuskan modul-modul utama yang akan digunakan, yang mana saya diberi tugas untuk menulis modul Kompetisi Air-Roket untuk ‘proposal’ yang diperlukan.

Apabila idea adalah muktamad, ‘proposal’ itu diterima, dan bahan-bahan telah dibeli oleh Unit Logistik, Unit Modul telah mula membuat dan menguji modul. Bagi modul yang mempunyai pembinaan mudah, saya telah memberikan bantuan dalam menguji dan menganalisis konsep-konsep fizik yg wujud dalam modul tersebut. Modul-modul yang paling sukar untuk dibina dengan jayanya adalah ‘Rubber-band Cars’ dan ‘Water-Rocket Competition’. Modul ‘Rubber-band Cars’ mempunyai masalah dengan pembinaan dengan bahan-bahan yang kita sedia ada yang berbeza dengan bahan-bahan yang digunakan semasa penyelidikan online, dan modul ‘Water-Rocket Competition’ mempunyai masalah untuk mendapatkan roket untuk terbang dengan lancar, mudah dan konsisten. Satu penyelesaian (DIY Water-Rocket Launcher) ditemui untuk selesaikan ‘Water-Rocket Competition’ dan saya ditugaskan untuk membinanya. Proses pembinaan peralatan ini bermula setelah kebanyakan bahan yang diperlukan telah dibeli. Proses pembinaan ini tidak mudah kerana beberapa bahan penting tidak mudah dicari, tidak mampu dibeli dan kami tidak berjaya peroleh kebanyakan alat-alat yang diperlukan untuk membinanya. Bahan utama yang boleh dibeli terpaksa didapati oleh pasukan khas dan bahan selainnya telah dicipta secara improvisasi dan dibina menggunakan bahan-bahan lain yang sudah ada. Alat yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi khusus seperti penggerudian dan pemotongan paip PVC digantikan dengan kaedah manual yang menggunakan kuasa buruh seperti perlahan-lahan memotong dan mengikis (menggunakan alat pemutar skru dan gunting) untuk membuat lubang dan menggergaji dan memotong (menggunakan pisau bergerigi) untuk membelah paip PVC. Ini dilakukan oleh saya sendiri dan dengan kerjasama yang hebat daripada Tey Lian Seng dalam pengujian idea dan pengujian peralatan setelah selesai.

Peralatan tersebut telah siap dalam masa kira-kira 4 ke 5 hari sebelum pelancaran projek dan penyiapannya adalah penghujung sumbangan penting saya sendiri. Hari-hari berikutnya sebelum projek itu diisi dengan persiapan ‘Rubber-band Cars’, perbincangan logistik dan koreografi untuk projek tersebut.

Fasa Semasa

Acara ini dijalankan dalam masa 2 hari dan 2 malam dari ketibaan kami ke tapak sekolah pada malam Jumaat kepada perlepasan kami pada malam Ahad. Bagi saya, fasa ini tidak memenatkan kerana semuanya telah dirancang terlebih dahulu dan tugas-tugas yang diperlukan adalah hanya untuk pelaksanaan rancangan. Semasa fasa ini saya menjadi fasilitator, saya mengawasi ‘Group 1’ dan mengawasi mereka dalam usaha mereka untuk melaksanakan modul. Saya mengambil kedudukan penyeliaan dan kebanyakannya membiarkan individu-individu dalam kumpulan saya untuk memikirkan penyelesaiannya sendiri dan menggalakkan mereka untuk menggunakan konsep fizik yang dijelaskan oleh Raed Zafarani Bayudi bin Rahmat, Ketua Unit Modul, dan kadang-kadang diterangi sekali lagi oleh saya sendiri, untuk mencari penyelesaian .

Satu pemerhatian yang saya buat mengenai kumpulan lain adalah bahawa fasilitator-fasilitator lain mengambil cara yang berbeza dan bertindak lebih sebagai panduan langsung dalam membantu ahli-ahli kumpulan mereka (sekurang-kurangnya dalam beberapa modul). Saya memahami bahawa ini bukanlah cara yang betul kerana ini mendorong pelajar-pelajar untuk mengabaikan idea-idea mereka sendiri dan lebih memihak kepada idea fasilitator-fasilitator kerana mereka menganggapkan idea fasilitator mereka adalah yang paling betul. Walaubagaimanapun, ini hanya boleh terjadi kerana hasil kesuntukan masa yang diberi untuk modul yang dipersoalkan. Seperti yang saya perhati bahawa kumpulan yang saya disyaki mempunyai lebih banyak bantuan daripada fasilitatornya sering selesai modul mereka lebih awal daripada yang lain. Diingati bahawa kita terpaksa mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Selain peranan penyeliaan saya, semasa ‘Explore-race’, saya dan Mohammad Aqhmal bin Zulkifli mengendalikan ‘Floating Paperclips station (Station 5)’ di mana saya dapat memerhatikan (dalam kerangka masa yang terhad) kekuatan dan kelemahan kesemua kumpulan-kumpulan pelajar yang mengambil bahagian. Selebihnya, adalah aktiviti-aktiviti rutin bahawa yang paling menyeronokkan adalah latihan zumba dan menari mengikut lagu tema. Pengangkutan ke dan dari sekolah tidak difikir masak-masak. Perjalanan menggunakkan bas ke tapak sekolah susah kerana bas yang membawa kita ke tapak sekolah itu sikit dan mengambil masa yang lama untuk bas seterusnya kembali ke perhentian bas tersebut, perkhidmatan Grab kurang digunakan di kawasan sekolah itu jika dibandingkan dengan pusat ibu kota. Oleh itu, apa-apa usaha masa hadapan perlu mengambil kira perkara ini.

Fasa Selepas

Ini adalah fasa pendek yang terdiri daripada ‘Post-mortem’ yang dibincangkan dengan kalangan ahli Alpha tentang kejayaan-kejayaan dan kegagalan-kegagalan projek, tuntutan dana dari bendahari dan komposisi laporan. Dalam penulisan refleksi ini, saya menganangkan nilai-nilai yang saya pelajari dan yang saya telah mengaplikasi dalam perancangan dan pelaksanaan projek ini. Nilai seperti keadilan, tanggungjawab, kerjasama, toleransi, penyelesaian masalah dan persahabatan.

Comments