Refeksi Kendiri (Tey Lian Seng)


PENULISAN REFLEKTIF
NAMA: TEY LIAN SENG
NOMBOR MATRIK: SIF 170056


              Dalam fasa perancangan, beberapa pengajaran yang bermakna telah saya pelajari.
              Pertamanya, saya belajar bahawa kita perlulah mempunyai persepsi yang positif kepada perkara yang belum dilakukan. Sebelum mengambil kursus jalinan masyarakat, saya mendapati berita daripada rakan sebaya dan senior-senior bahawa kursus ini amat memenatkan dan tidak memberi impak kepada pelajar. Walaupun demikian, saya ubah persepsi terhadap kursus ini selepas mendengar ceramah daripada Dr. Sithi. Selain itu, ahli kumpulan saya yang memberi komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab juga mengubah fikiran saya terhadap kursus ini. Pendek kata, mempunyai persepsi yang negatif terhadap sesuatu perkara adalah amat salah.

              Keduanya, pengajaran yang saya pelajari dalam proses penyediaan ialah kita hendaklah cepat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan mengambil tindakan yang paling rasional. Dalam proses penyediaan modul, kami menghadapi beberapa kali cabaran yang mendukacitakan. Kegagalan menghasilkan modul walaupun telah menggunakan masa dan tenaga yang banyak dalam proses penghasilannya. Pada masa tersebut, kami berbincang dengan tenang untuk mencari jalan penyelesaiannya. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menyingkirkan beberapa modul yang kurang baik dan bercadang untuk menggunakan modul yang mudah tetapi mempunyai banyak fizik teori yang boleh diaplikasikan.  

              Seterusnya, saya juga mendapati bahawa mengutamakan keharmonian hubungan antara ahli kumpulan adalah amat penting. Dalam proses penyediaan, ada beberapa ahli yang kurang aktif disebabkan beban-beban berat daripada kursus universiti yang lain. Terdapat aduan daripada ahli lain terhadap situasi kekurangan komitmen kepada saya. Saya meminta mereka untuk bersabar dan mengambil langkah untuk mendekati ahli-ahli yang kurang aktif tersebut. Selepas beberapa kali pertemuan dan perbualan bersama mereka, komitmen daripada para ahli juga meningkat. Saya percaya bahawa sekiranya terdapat perasaan tidak puas hati apabila bekerja dalam kumpulan perlu disuarakan. Tetapi cara menyuarakan pandangan tidak puas hati perlulah secara profesional dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

              Dalam fasa semasa, saya juga belajar banyak pengajaran daripada kawan-kawan saya.

              Saya perlu memohon maaf kepada ahli kumpulan saya atas kesalahan yang saya lakukan semasa waktu bertolak ke SBPI Gombak. Disebabkan kelaparan, saya dengan beberapa ahli kumpulan pergi makan malam di KFC setengah jam sebelum bertolak sedangkan ahli lain sedang bertungkus-lumus mengejar masa untuk sampai ke stesen LRT. Yang lagi teruknya, saya terlewat apabila saya sampai ke tempat berkumpul dan semua ahli sedang menunggu kedatangan saya. Daripada kesalahan ini, saya belaajar bahawa kita mesti menepati masa yang ditetapkan terutamanya semasa menjalankan tugasan yang penting.

              Di samping itu, saya ingin berterima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang menjalankan tugasan mereka dengan penuh tanggungjawab semasa pelaksanaan kem. Azizul dan Faiq yang menjadi pengacara majlis sentiasa mengambil perhatian dengan perubahan tentatif serta menaikkan semangat para pelajar. Ini adalah satu tugasan yang amat susah apabila dua orang perlu mengendali pelajar yang seramai serratus lebih. Para fasilitator pula memainkan peranan yang penting untuk melancarkan pelaksanaan program dengan menjaga kebajikan pelajar, mendidik para pelajar, serta perlu mengambil tindakan yang cepat apabila ada perubahan program. Ahli-ahli dari unit logistik, Aqhmal dan Natasha pula sentiasa bertindak awal untuk menyediakan bahan-bahan modul. Kadang-kala, mereka sanggup mengurangkan masa rehat mereka untuk menyediakan bahan yang diperlukan. Batrisya dan Amir yang merupakan ahli unit teknikal pula, terima kasih kepada mereka kerana sentiasa perlu awal sampai ke dewan untuk menyediakan sistem PA. Tanpa mereka tiadalah gambar-gambar yang menjadi kenangan kepada kita semua. Amir pula mengorbankan masa tidurnya untuk menghasilkan video untuk majlis penutupan. Ketua unit protokol, Humaira pula amat teliti dan handal dengan perkara-perkara berkaitan dengan protokol majlis. Dia yang merupakan orang yang sentiasa meghubungi Encik Shahril dan mengendalikan permintaan daripada pihak sekolah. Dalam perkara protokol pula, Humaira amat teliti dengan semua aspek daripada sistem PA, susunan kerusi, susunan tempat VIP, gelaran VIP, tatacara bercakap, tatacara usher melayan VIP sehingga semua majlis penutupan dapat dijalankan dengan sempurna. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua ahli yang sanggup menahan keletihan untuk menjalankan raptai majlis penutupan setiap malam.

              Dalam proses perjalanan program, saya mendapati bahawa betapa pentingnya sebuah kumpulan dalam melaksanakan seseutu projek. Semua ahli kumpulan bagai gear yang bersambung antara satu sama lain. Setiap ahli perlu menjalankan tugasnya dengan tepat dan cepat agar program dapat berjalan dengan lancar. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Apabila semua orang menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas, kumpulan tersebut mesti dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

              Selepas perlaksanaan projek, kami mengadakan post-mortem untuk membincangkan kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan projek. Namun begitu, saya tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut dengan tepat masanya disebabkan terlalu banyak orang yang mengambil ujian kursus literasi maklumat, dan pensyarah memberi keutamaan kepada kumpulan yang bukan kelas gentian. Saya beraggapan bahawa ini adalah amat salah terhadap ahli kumpulan saya. Tetapi ahli kumpulan tidak marah saya malahan minta saya jaga diri kerana hujan lebat. Terima kasih juga kepada timbalan pengerusi projek ini, Syazana yang sentiasa mengambil alih tugasan saya semasa saya terlalu sibuk. Disebabkan oleh sikap toleransi antara ahli kumpulan post-mortem berjalan dengan lancar dan mereka juga memberi perhatian kepada pandangan saya walaupun post-mortem telah tamat apabila saya sampai ke tempat bermesyuarat.

              Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang amat hebat dan berkomitmen tinggi. Kumpulan projek jalinan masyarakat merupakan kumpulan yang menjalankan tugasan dengan paling effektif antara banyak projek yang saya menyertai dalam semester ini. Saya boleh berbangga mengatakan bahawa kumpulan ini lagi hebat daripada sesetangah kumpulan projek kolej. Kalau mempunyai peluang untuk menjalan projek seperti begini dengan kumpulan alpha, saya amat bersudi mengambil bahagian. Di samping itu, projek jalinan masyarakat ini saya harapkan dapat berlangusng dengan lebih banyak. Jabatan Fizik boleh mengadakan satu kumpulan atau kelab yang khas untuk bergiat aktif dalam aktiviti meningkatkan kesedaran kepentingan sains dalam kalangan masyarakat.

Comments