REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT
(FUN PHYSICS)
Amirah binti Basir
SIF170004
Perancangan
Kumpulan
jalinan masyarakat saya diberi nama Alpha. Kami telah menjalankan program Fun
Physics pada 27-29 Mei 2018 bagi menarik minat pelajar sekolah terhadap subjek
Fizik. Alpha terdiri daripada 17 orang ahli yang diketuai oleh Tey Liang Seng.
Ahli kumpulan kami telah dibahagikan mengikut biro seperti biro protokol, biro modul,
biro multimedia dan lain-lain. Sekolah sasaran kami ialah Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Gombak atau lebih dikenali sebagai integom. Kami bersepakat
untuk memilih pelajar tingkatan 4 sekolah itu. Beberapa kali perjumpaan telah
diadakan bagi memastikan gerak kerja setiap unit sentiasa berjalan sebelum tiba
hari kejadian. Perjumpaan juga bertujuan untuk memantapkan lagi tarian zumba
yang bakal dibawa semasa program di sekolah bagi memeriahkan suasana. Bukan
sesuatu yang mudah untuk berkumpul dalam satu kumpulan yang lengkap kerana
masing-masing mempunyai jadual tersendiri. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan telah
memberikan kerjasama yang baik dengan menghadirkan diri semasa perjumpaan dan
menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Sikap saling membantu dapat
dilihat apabila semua ahli meluangkan masa dan tenaga untuk mendapatkan
barang-barang keperluan bagi menjayakan modul yang akan dijalankan di sekolah
tersebut.
Semasa
Pihak
sekolah telah menyambut baik kedatangan kami. Penginapan dan makanan yang
disediakan oleh pihak sekolah juga memuaskan. Pembahagian kumpulan berlangsung
pada waktu malam kami tiba. Saiz kumpulan yang agak besar membuatkan saya
berasa agak gementar kerana setiap kumpulan akan dipantau oleh seorang
fasilitator. Walau bagaimanapun, fasilitator yang tidak mempunyai kumpulan tidak lokek
menghulurkan bantuan. Sesi perkenalan antara pelajar-pelajar dan fasilitator
berlangsung dengan baik melalui latihan dalam kumpulan. Pada hari-hari berikutnya,
modul-modul yang dihasilkan oleh biro modul dijalankan. Antaranya ialah ‘paper
plane’, ‘flying cup’ ‘rubberband car’ dan ‘egg tos’. Bagi saya, para pelajar mampu menyiapkan modul 'paper plane dan 'flying cup'dengan mudah namun kurang pasti tentang aplikasi fizik di dalamnya. Modul 'rubberband car' adalah yang paling mencabar kerana pada akhirnya hanya tiga kumpulan yang mampu menghasilkan kereta yang berfungsi. Bagi modul 'egg toss', hanya satu kumpulan yang berjaya menjatuhkan telur dari tingkat 3 bangunan sekolah tanpa pecah ke platform yang mereka hasilkan. Seterusnya, ativiti ‘explorace’ diadakan pada waktu petang 28/4. Pelajar-pelajar diberi bahan untuk mencipta ‘water
rocket’ yang akan dilancarkan esok hari sekiranya berjaya di ‘checkpoint’ semasa 'explorace'. Terima
kasih kepada biro logistik yang banyak membantu dalam memastikan semua barang
mencukupi untuk setiap kumpulan sepanjang setiap aktiviti berlangsung. Dua
orang pengacara program kami ditugaskan untuk menghangatkan suasana semasa
program. Seterusnya, kami memanfaatkan masa yang singkat di dewan selepas
pelajar balik ke asrama untuk mengadakan raptai bagi majlis penutup program Fun
Physics. Biro protokol memastikan setiap ahli kumpulan bersedia dengan tugasan
masing-masing untuk majlis sebenar. Syukur kerana pada keesokan harinya, majlis
penutup berjalan lancar. Terdapat lima anugerah yang diberikan iaitu tiga
kumpulan yang paling menonjol dan dua orang pelajar. Selanjutnya, tayangan
multimedia yang disediakan oleh biro multimedia dan publisiti pada penghujung
majlis penutup mencuit hati penonton apabila melihat gelagat masing-masing
sepanjang program dua hari tersebut serta menimbulkan perasaan sedih kerana
menandakan program ini telah melabuhkan tirainya. Sesi fotografi diadakan untuk
dijadikan kenangan.
Selepas
Perkara
yang saya dapat daripada program jalinan masyarakat yang dijalankan ini ialah kepentingan
kita mempunyai sikap toleransi antara ahli kumpulan. Hal ini kerana, mungkin
akan berlaku perselisihan faham semasa proses menyiapkan tugasan. Selain itu,
kita sepatutnya mencuba sebelum berputus asa. Sebagai contoh, situasi di mana
setiap fasilitator yang perlu menguruskan kumpulan yang bersaiz besar. Tetapi,
proses mengurus pelajar-pelajar mudah kerana mereka patuh dengan arahan
pengacara program dan para fasilitator. Seterusnya, sikap pelajar yang gigih berusaha untuk
menjayakan setiap misi di setiap ‘checkpoint’ membuktikan yang mereka berminat
mengikuti program yang kami jalankan. Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kumpulan yang menerima kekurangan saya dan saya berasa
seronok bekerjasama dengan semuanya. Jutaan terima kasih saya tuju kepada Dr.
Selvi dan Dr. Azzu yang sering memberi tunjuk ajar sehingga kami berjaya
menyiapkan projek jalinan masyarakat ini. Terima kasih juga kepada para pelajar dan
pihak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak yang menerima kedatangan kami.
Comments
Post a Comment