Refleksi
Program Fun Physics Social Engagement
Saya Mohammad Aqhmal Bin Zulkifli,
SIF170018, dari kumpulan Alpha, setelah tamatnya program Fun Physics yang telah
dianjurkan di SPBI Gombak yang berlangsung selama 3 hari sebenarnya telah
banyak memberikan pengajaran serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada
saya. Tugas saya dalam program ini adalah sebagai ketua bagi unit logistik dan
makanan. Saya berasa syukur kerana program yang telah dianjurkan oleh kami
semua berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada pihak
sekolah serta para pelajar SPBI Gombak.
Program Fun Physics ini juga
sebenarnya telah banyak memberi manfaat kepada diri saya. Antaranya, program
ini memupuk kerjasama antara ahli kumpulan dalam memastikan program ini lancar
dan berjaya. Pada awalnya, ketika masih dalam proses perancangan saya
sebenarnya berasa agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana terdapat beberapa
ahli kumpulan yang saya masih belum kenali. Bak kata pepatah “ tak kenal maka
tak cinta”, selepas beberapa minggu saya mula mengenali ahli-ahli kumpulan saya
dengan lebih rapat dan dapat bekerjasama dengan baik dengan mereka.
Selain itu, apa yang dapat dari
program ini ialah ia mendisiplinkan dan melatih diri saya menjadi seorang
pembimbing dan role model kepada para pelajar ketika program berlangsung. Hal
ini penting dalam melahirkan ramai generasi-generasi yang cemerlang serta
berguna kepada masyarakat dan negara. Ada pepatah mengatakan bahawa jikalau
ingin melihat masa hadapan sesuatu negara maka lihatlah generasi muda ketika
itu di negara tersebut, jikalau rosak generasi tersebut maka rosaklah negara
tersebut dan jikalau cemerlang generasi tersebut maka cemerlanglah negara
tersebut di masa akan datang. Jadi amatlah penting bagi saya sebagai senior mereka
untuk sekurang-kurangnya membantu generasi muda sekarang dalam memupuk jati
diri yang kuat, berpengetahuan luas dan mempunyai mentaliti yang kuat dalam
menempuh cabaran di masa akan datang.
Seterusnya, program ini juga membantu
meningkatkan kepimpinan dalam kalangan para pelajar serta diri saya sendiri.
Setiap orang adalah pemimpin ,pemimpin sangat dibutuhkan sebagai sesosok
individu yang bertugas memberikan komando ,arahan namun tetap ikut serta dalam
mengayomi seluruh anggota-anggotanya untuk mencapai tujuan yang dari awal
dirumuskan bersama serta mempertanggungjawab apa yang telah terlaksana dalam
proses pencapaian tujuan tersebut... Pada dasarnya karena setiap orang
merupakan pemimpin , maka jiwa kepemimpinan itu perlu untuk dihadirkan dalam
tiap-tiap individu . Justeru itu, program-program seperti inilah yang mampu
melahirkan jiwa kepemimpinan di kalangan para pelajar tersebut.
Akhir kata, saya amatlah gembira dan
bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya dalam menjayakan
program ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada para pensyarah yang terlibat
kerana memberi saya peluang seperti ini.
Comments
Post a Comment