JUMAAT MALAM (27 APRIL 2018)
Kami tiba di SBPI Gombak sekitar jam 9.00 malam. Encik Shahril menyambut baik kedatangan kami. Proses pendaftaran pelajar berlangsung di dewan.
Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan. Fasilitator memilih kumpulan masing-masing secara rawak.
Pukul 10.00 malam, semua pelajar dan fasilitator berkumpul di dewan. Fasilitator menunjukkan sedikit tarian lagu tema yang dipelajari semasa minggu haluan siswa. Sesi suai kenal berakhir jam 11.00 malam.
Setelah pelajar meninggalkan dewan, kami membuat raptai untuk majlis penutup program sehingga jam 11.30 malam.



Comments
Post a Comment