DAY 3 - 29 APRIL 2018

ZUMBA

Rutin harian pagi tentulah zumba !

Barulah otak pun segar!! 😁














Para pelajar bersemangat sekali dengan naik ke atas pentas untuk mengetuai tarian. Mereka tidak puas menari.
Ada yang bertanya tentang lagu tema yang dibawa. Sama ada lagu itu kami reka sendiri.. Tentu sekali tidak 😆


EGG TOSS


Setiap kumpulan diberi bahan-bahan seperti span dan surat khabar, kemudian diminta untuk membina sebuah platform yang dapat menghindari daripada telur pecah apabila dijatuhkan dari tempat tinggi.






Setiap kumpulan diberi dua biji telur untuk dijatuhkan ke platform yang telah mereka hasilkan,  dengan objektif untuk mengekalkan keadaan telur dalam keadaan tidak pecah.

Markah yang tertinggi diberikan kepada kumpulan yang dapat menjatuhkan telur sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu menjatuhkan telur dari tingkat 3 !


WATER ROCKET

Setelah para pelajar mendapatkan bahan-bahan seperti botol air dan sebagainya, tiba masa untuk mereka membina sebuah roket air yang dilengkapi payung terjun untuk diuji.



Walaupun bukan mudah untuk membina sebuah roket yang berfungsi, tetapi pelajar-pelajar telah membuktikan dengan kerjasama ahli kumpulan yang baik dan usaha yang tekun, pembinaan roket berpayung terjun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka.


SHARING SESSION
 Setelah berpenat lelah para pelajar membina platform egg toss dan juga roket berpayung terjun, tiba lah masa yang ditunggu oleh murid-murid sekalian, bukan waktu makan, bukan tidur, jauh sekali tanggapan tersebut, tetapi sesi menambah ilmu atau sesi perkongsian oleh seseorang yang amat dihormati oleh pelajar fizik UM, yang tidak asing lagi iaitu Dr. Woo!




Sesi perkongsian ini berjalan dengan lancar, para pelajar tekun mendengar dan mencatit sebagai asas untuk menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu kelak di masa hadapan.
Beliau juga memperkenalkan para pelajar tentang 'time dilation' 😁



TOYING WITH PHYSICS

Setiap kumpulan mendapat satu jenis mainan yang antaranya ialah kereta tamiya, 'pull-back car', yoyo, atau pistol mainan.







Para pelajar dalam setiap kumpulan mesti memikirkan dan menerangkan konsep-konsep Fizik yang terdapat dalam mainan-mainan tersebut. Penilaian pemarkahan diberikan dengan melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan konsep Fizik dalam mainan yang mereka perolehi.



MAJLIS PENUTUP


Kem Fun Physics berakhir juga akhirnya dgn sebuah majlis penutup yang bertempat di Dewan Gemilang.




Dengan berakhirnya majlis penutup kem Fun Physics ini, maka dengan jayanya, berkahirlah Kem yang memberi penuh makna dan harapan kepada pelajar SBP Integrasi Gombak ini.

Sekian.

Masa yang berlalu tak akan kembali
Kenangan manis tetap di ingatan
Sekalipun ada yang pahit
Kita ambil sebagai teladan.

Comments