8.00 pagi - 8.30 pagi
Antara aktiviti yang dinanti-nantikan oleh semua !!
Semua kelihatan sangat segar dan ceria :)
FLYING PAPER CUPS
Sesi aktiviti para pelajar telah dijalankan pada jam 8.30 pagi di dewan dengan slot 'Flying Paper Cups'. Raed telah menunjukkan tayangan video mengenai konsep Fizik disebaliknya.
Murid-murid telah diberikan masa selama 15-30 minit untuk membuat 'Flying Paper Cups' tersebut dengan menggunakan cawan kertas, getah, dan selotape, dengan bimbingan daripada para fasilitator.
Tujuan slot ini adalah untuk menerangkan konsep Bernoulli. Setiap murid mendapat peluang untuk menghasilkan dan menerbangkan cawan kertas mereka.
Terdapat tiga saiz cawan yang diberikan kepada setiap kumpulan. Mereka boleh membuat perbandingan antara 'flying paper cups' yang berlainan saiz itu dan memikirkan faktor yang mempengaruhi penerbangan cawan-cawan tersebut.
PAPER PLANES
Semua orang mesti pernah melipat sehelai kertas untuk dijadikan sebuah kapal terbang kertas bukan?
Terdapat beberapa faktor penting yang harus diambil kira untuk menghasilkan sebuah kapal terbang kertas yang mampu untuk terbang dengan lebih lama !
Pelbagai bentuk kapal terbang terhasil daripada kreativiti pelajar. Kemudiannya, para fasilitator menunjukkan cara lipatan yang difikirkan boleh terbang paling lama dan memberitahu faktor di sebalik penciptaan kapal terbang tersebut.
RUBBER BAND CAR
Modul yang agak sukar bagi semua (terutamanya para fasilitator !)
Kereta mainan yang dibina menggunakan botol plastik, lidi, dan getah. Terdapat beberapa kumpulan yang kereta mereka berjaya mengalahkan kereta hasil buatan fasilitator !
Kemudiannya, perbandingan pergerakan kereta mainan pelajar dilaksanakan. Faktor yang mempengaruhi kelajuan kereta diperbincangkan dengan melihat model-model kereta mainan yang berjaya dihasilkan.
EXPLORACE
Terdapat 9 checkpoint yang mempunyai misi yang berbeza yang mesti diselesaikan untuk mendapat klu-klu. terdapat tiga checkpoint di mana setiap kumpulan akan diberikan bahagian-bahagian penting untuk pembuatan roket air.
Checkpoint 1:
Misi mereka adalah untuk membina sebuah binaan yang terdiri daripada cawan kertas dengan hanya menggunakan belon.
Checkpoint 2:
Misi mereka adalah untuk mengalihkan botol mineral tersebut dengan hanyalah menggunakan tali rafia. Syarat-syarat untuk misi ini ialah tidak boleh menggulung atau mengikat botol minuman tersebut.
Checkpoint 3:
Setiap kumpulan ditugaskan untuk memindahkan sebanyak jumlah air yang boleh dari baldi ke dalam botol dengan hanya menggunakan span-span dan cawan yang disediakan.
Checkpoint 4:
Tugasan untuk checkpoint ini ialah untuk menerapungkan klip kertas dalam setiap cawan yang berisi dengan air.
Checkpoint 5:
Satu daripada tiga stesen yang memberikan bahagian-bahagian penting untuk roket air
Checkpoint 6:
Juga salah satu daripada tiga stesen yang memberikan bahagian penting untuk binaan roket air.
Checkpoint 7:
Checkpoint terakhir untuk mendapatkan barang penting untuk binaan roket air
Checkpoint 8:
Setiap kumpulan akan memilih sebuah objek dari dalam sebuah beg, dan setiap ahli harus menyatakan kegunaan objek tersebut (kegunaan objek tersebut yang disenaraikan mestilah selain daripada kegunaan asal objek tersebut)
Checkpoint 9:
Setiap ahli kumpulan harus mengalihkan bola ping-pong tersebut dengan hanya menggunakan sebatang 'chopstick'.
SESI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
Sesi LDK telah dijalankan oleh setiap kumpulan bersama fasilitator mereka. Sesi ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara para pelajar dan fasilitator.
Antara permainan atau aktiviti yang telah dijalankan ialah 'Truth or Dare', 'Boom Boom Chuckie', 'Patrick Game', Ujian Pendengaran serta Ujian Penglihatan.
MOVIE NIGHT
Tayangan filem bertajuk 'Edge of tomorrow'.
Setelah penat seharian terlibat dalam aktiviti 'explorace' dan melaksanakan modul, semua menikmati masa menonton. Tayangan berlangsung pada pukul 9.00-11.00 malam. Tayangan filem menjadi lebih menyeronokkan kerana sistem PA sekolah berfungsi dengan baik.
Seterusnya, raptai untuk keseluruhan majlis penutup dijalankan sehingga jam 11.45 malam. Semuanya berada di kedudukan masing-masing bagi memastikan tidak kekok semasa majlis sebenar berlangsung. Persiapan yang rapi dibuat untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar kerana majlis akan dihadiri ramai VIP.


Comments
Post a Comment